Utama > Uncategorized > 049#: Mengapa Saya Masuk Islam? – Yusuf Islam

049#: Mengapa Saya Masuk Islam? – Yusuf Islam

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian.  Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara  langsung dengan tuhan. Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu  melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya  menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau  membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini. Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal.  Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media. Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup  dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan  satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan  dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya  sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak  baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami  Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya. Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan  astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai  apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

 

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di  Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan  kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang  dirasakan kosong), aman dan tenang. Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari  sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan  yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan  menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal  menerangkan segala-galanya kepada saya – siapa diri saya, apakah tujuan  hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang  akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama  yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat,  bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah  pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu,  barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu  membawa ajaran yang sama. Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman?  Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus  sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus  anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami. Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan,  dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang  telah menciptakan segala-galanya.

 

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula  tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat  merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa  Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai  satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa  peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain  pula.

Al-Quran mengatakan, “Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya.” Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

 

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di  Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang  menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya  seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab,  “Stevens”. Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang  berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya. Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang  Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan  syahadah di tangannya. Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan.  Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh  saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan  Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua  halangan ini. Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci  ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada  manusia yang sempurna di dunia ini. Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya. Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Kategori:Uncategorized
  1. hanaffi
    28 Disember 2010 at 8:11 am

    hidayah Allah,Allah beri pada sesiapa yg dikehendakiNya…
    syukur kepadaNya kerana dengan hidayahNya kite dipelihara dari segala kemaksiatan…berdoalah kepadaNya agar ditetapkan iman dan tetap dalam Islam selamanya…aminnn…~

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: