Arkib

Archive for Disember 2010

051#: Umpama buih di lautan?

29 Disember 2010 Tinggalkan komen

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:

“Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu ‘al-wahan’. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda ‘cintakan dunia dan bencikan akhirat.”

Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan. Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized

050#: Masjid tahan bom atom & gempa bumi

27 Disember 2010 2 comments

Mengenai kisah Masjid yang terselamat dari bencana tsunami di Acheh, saya dibuzz oleh seseorang yang memberitahu mengenai masjid yang selamat dari bencana gempa bumi di Jepun. Setelah membrowsing saya terjumpa masjid yang dinyatakan tersebut iaitu Masjid Kobe di Jepun, tapi maklumat yang saya dapat lebih memeranjatkan dan menunjukkan kekuasaan Allah Ta’ala. Masjid Kobe di Jepun bukan sahaja tahan gegaran gempa bumi tetapi masjid ini terselamat dari bom atom! Subhanallah!

Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized

049#: Mengapa Saya Masuk Islam? – Yusuf Islam

27 Disember 2010 1 komen

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian.  Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara  langsung dengan tuhan. Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu  melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya  menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau  membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini. Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal.  Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media. Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup  dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan  satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan  dadah. Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized