Utama > Uncategorized > 047#: CERITA TALI GANTUNG

047#: CERITA TALI GANTUNG


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. 

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. 

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. 

‘Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,’ jelas Samuel. 

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang 
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan. 

APABILA RAYUAN DITOLAK 

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung 
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. 

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka 
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. 

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga 
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. 

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. 

‘Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan 
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada 
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya 
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,’ kata Samuel. 

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. 

‘Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar 
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan 
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),’ kata 
Samuel. 

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya 
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’ 

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan 
terakhir ini. 

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50. 

HARI PENGGANTUNGAN 

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman 
gantung ‘poie dengan rela’ setelah menunggu begitu lamo untuk 
hukuman dilaksanakan. 

‘Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan 
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi 
agresif sehingga ke saat-saat terakhir. 

‘ Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka 
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila 
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang 
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak 
tahan lagi menunggu,’ katanya. 

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka 
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’ antara kata-kata terakhir seorang 
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. 

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada 
hari hukuman. 

‘ Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar 
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai 
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan 
jenaka,’ cerita Samuel. 

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk 
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari 
hukuman akan dilaksanakan. 

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG 

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan 
secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik. 

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 
5.18 meter. 

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. 

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat 
kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya 
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. 

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian 
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan 
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung. 

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. 

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan 
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- 
bos saya dulu,’ kata Samuel. 

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. 

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, 
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi 
penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan 
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah. 

Menarik gak info ni..org Islam yg kena hukum gantung semua digantung hari Jumaat….bukan senang nak dpt kelebihan mati hari jumaat … hmmm…

Kategori:Uncategorized
  1. 5 Januari 2011 at 6:19 pm

    Heh, bukan hikmahnya hari jumaat dihukum mati faiz.. Malah tak ada yang menariknya bab yang situ, heh.

    Cerita pasal tali gantung ni ada dua perkara yang abg rasa, menakutkan dan.. memilukan T__T

  2. realitihidupku
    2 Februari 2011 at 10:48 am

    menakutkan & memilukan?
    ape die?

  3. ano chumel
    26 April 2011 at 9:07 am

    sungh sdh ble mdgar psl tali gantong niy . .ak bersykur krn laki aq slmt tidak ke tali gantong .laki aq kne sbtsn 3kali dan 1taon panjara .di pjara kajang

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: