Utama > Uncategorized > 044#: Ada apa dengan Ubi Kentang?

044#: Ada apa dengan Ubi Kentang?

Alhamdulillah, akhirnya diri ini dapat juga meneroka kembali ruangan maya ini sekali lagi setelah hampir sebulan lebih internet tidak dapat dibuka. Namun dengan izin-Nya dapat juga saya menulis kembali.

Dalam artikel kali ini, saya ingin menceritakan tentang sebuah artikel yang saya dapati daripada seorang rakan dari Facebook yang menggunakan nama Maharani Noah. Tajuk ceritanya Forgive & Love all… Hate no one!!!.

Saya terjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Mari sama-sama kita kongsi..

Seorang guru tadika bercadang untuk memberi pengajaran kepada anak-anak muridnya melalui satu permainan. Guru tersebut meminta kepada anak-anak muridnya supaya membawa beg plastik yang mengandungi beberapa biji ubi kentang. Setiap kentang akan diberikan nama sempena orang yang dibenci mereka. Jadi, bilangan ubi kentang yang diletakkan didalam beg plastik tersebut bergantung kepada bilangan orang yang dibenci oleh mereka.

Hari yang ditunggu telah tiba. Setiap daripada anak-anak murid tersebut membawa beberapa biji ubi kentang yang telah tertulis atasnya nama-nama orang-orang yang mereka benci. Ada yang membawa 2 biji, ada 3 biji dan tidak tekecuali juga yang membawa 5 biji! Guru tersebut memberi arahan kepada pelajar-pelajarnya untuk memasukkan ubi kentang tersebut ke dalam beg plastik dan menyuruh mereka membawa beg plastik tersebut kemana sahaja mereka pergi (termasuklah ke dalam tandas).

Hari demi hari berlalu, murid-murid tersebut sudah mula merungut tentang bau yang tidak menyenangkan berpunca daripada ubi kentang yang sedang rosak itu. Perkara ini bertambah teruk bagi murid-murid yang membawa lima biji ubi kentang. Mereka terpaksa membawa muatan yang lebih berat.

Selepas seminggu berlalu, murid-murid tesebut lega kerana permainan guru mereka telah tamat. Guru mereka bertanya: “Apakah yang kamu semua rasa apabila membawa ubi kentang tersebut selama seminggu?”. Murid-murid tersebut meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan mula mengadu tentang masalah-masalah yang mereka lalui ketika membawa ubi kentang itu ke hulu ke hilir.

Setelah puas mendengar celoteh anak-anak muridnya, guru tersebut memberitahu pengajaran tersembunyi di sebalik permainan yang pelik itu. “Inilah gambaran situasi apabila kamu semua membenci seseorang di dalam hati kamu. Kebencian yang tersemat tersebut akan merosakkan hati kamu dan kamu akan membawanya kemana sahaja kamu pergi. Kalau kamu tidak dapat menahan bau ubi kentang yang mereput itu hanya selama seminggu, bayangkanlah jika kamu membawa hati kamu yang rosak seumur hidup kamu..”

Moral daripada kisah ini…

Jaganlah kita memenuhkan hati kita dengan membenci insan yang lain supaya kita terhindar daripada dosa sepanjang hidup kita. Memaafkan orang lain adalah perkara yang terbaik untuk kita praktikkan dan kita amalkan. Maafkanlah orang lain sebagaimana kita mahu orang lain memaafkan kita di atas segala kesilapan yang telah kita lakukan dan tidak lupa juga supaya Allah taala memaafkan kita..

WaAllahua’lam..

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: