Utama > Uncategorized > 041#: Islam need you..

041#: Islam need you..

“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambaNya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang bertaqwa”

(Surah al-A’raf:128)

 

Assalamualaikum w.b.t…

Ramai juga telah menegur saya: “Bila kau nak update blog?”. Dan sering kali juga saya termenung “bilalah diri ini nak update blog…”. Alhamdulillah, akhirnya Allah taala telah mengizinkan dan memberi saya peluang untuk berkongsi serba sedikit pandangan. Benarlah kata pepatah, “Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya”.

Hari ini kita melihat dunia semakin maju. Pelbagai teknologi-teknologi terkini muncul dengan kadar yang pantas seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kemajuan demi kemajuan dikecapi oleh manusia sehinggakan kini kita tidak perlu utnutk merantau hingga ke hujung dunia untuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada seseorang yang berada di tempat yang jauh. Hanya dengan menekan butang-butang di keyboard komputer, maklumat tersebut sudah sampai kepada penerima yang kita inginkan. Tidak ketinggalan juga dari aspek pendidikan. Taraf pendidikan masa kini semakin lama semakin advance.

Banyak aspek yang dapat kita banggakan pada masakini. Sehinggakan Malaysia merupakan tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara paling bedaya saing di dunia. Bayankkanlah, Malaysia telah berjaya mencapai pelbagai kemajuan walaupun mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Tahniah kepada para pemimpin dan rakyat Malaysia!

Sedar tidak sedar, dalam mengejar arus kemajuan dunia kini terdapat beberapa aspek yang kita sebenarnya telepas pandang. Perasan atau tidak sehingga kini sangat kurang kita menitikberatkan soal hal ehwal Islam dalam isu-isu semasa yang melanda negara kita. Tidak usah ambil skop global, kita ambil sahaja skop dalam negara kita. Kita telah semakin leka dengan perkembangan isu-isu yang melibatkan agama kita.

Sebagai contoh, saya tidak berniat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak. Tetapi ada satu perkara yang mesti saya kongsi bersama dengan para pembaca. Suatu hari, saya disoal oleh naqib saya. “Apalah makna negara ini negara Islam, sedangkan pemimpinnya menghalalkan benda yang haram..”. Hmm… Betul juga. Terkini, pertandingan bola sepak yang sangat terkenal iaitu FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan sedang berlangsung. Kerajaan Malaysia telah memberikan keizinan untuk masyarakat untuk menyertai judi bola. Saya tidak mahu mngupas isu ini dengan mendalam tapi kita sedia maklum bahawa para penjual Judi Bola ini telah mengaut keuntungan lebih satu bilion ringgit minggu lepas dan semakin meningkat. Apa yang menyedihkannya ialah para pembelinya majoriti dalam kalangan orang-orang Islam yang berpendapatan tinggi.

Muslimin wal muslimat,

Apa yang ingin saya highlightkan ialah bukan tentang isu politk, bukan isu ekonomi dan bukan juga isu sukan dan sebagainya. Tetapi isunya ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu mengenai kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Sebagaimana kita ketahui, kualiti dan nilai Islam dalam diri Muslim kini semakin merudum. Kebanyakan umat Islam kini tidak ambil peduli dan tidak memberikan perhatian yang serius tehadap agama yang menjadi pegangan hidup. Adakah kita telah melupakan persoalan daripada ceramah-ceramah yang kita dengari iaitu “Adakah Islam itu hanya sekadar nama atau digunakan ketika hendak solat hari raya atau hanya hendak mendapatkan lain-lain keistimewaan.

Mind setting masyarakat kita sebenarnya telah tersilap. Hal ini kerana kebanyakan umat Islam kini hidup dengan tujuan hendak mengumpulkan harta dan perkara-perkara lagha yang lain. Secara tidak langsung kewajipan atau tanggungjawab kita sebagai manusia dan khalifah terlupa untuk kita laksanakan. Ingatlah muslimin muslimat sekalian tazkirah yang sering kita dengari melalui corong suara radio dan televisyen iaitu Allah taala berfirman:

“Tidak aku jadikan Jin dan manusia hanya untuk beribadat kepadaku”

Saya teringat petikan daripada Editor Majalah Solusi edisi ke 20 iaitu Ustaz Pahrol Mohamad Juoi apabila menyatakan alam ini dijadikan untuk manusia:

“Manusia diciptakan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah bagi memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi-itulah dwifungsi utama manusia di dunia ini. menyedari peranan itu seluruh kelengkapan yang diberikan kepada manusia harus menjurus ke arah pelaksanaan misi itu.”

Wahai umat islam sekalian, sedarlah bahawa kita sebenarnya memikul tanggungjawab untuk melaksanakan syiar Islam dalam kehidupan kita. Setiap satu perbuatan dalam hidup kita mesti dilakukan berlandaskan syariat Islam. Solatnya, pemakaiannya, tatasusilanya, kesemua ini haruslah menunjukkan identiti sebagai seorang Muslim.

Apa gunanya jika kita ada panduan hidup tetap kita kembali berpaling kepada kehidupan Jahiliah yang lampau. Kehidupan jahiliah tidak mempuyai nilai-nilai moral yang boleh dibanngakan seperti pakaian yang tidak cukup kain, judi, mabuk, pergaulan bebas, pembunuhan dan banyak lagi. Kesemua ciri-cri ini tidak dinafikan tedapat semasa keadaan sebelum datangnya Islam.

Sekiranya syariat yang telah ditetapkan oleh Allah taalatidak dilaksanakan dengan ikhlas maka dapatlah kita lihat statistik keruntuhan akhlak dalam kalangan umat Islam semakin meningkat berbanding penganut agama-agama lain. Tahukah saudara dimanakah puncanya?

Puncanya ialah Umat Islam itu sendiri. Teringat lagi kata-kata seorang rakan saya, Ahmad Hilmi Ahmad Kamal, KU SMKA Pedas 2010 berpesan:

Kita ini orang islam berbeza sangat dengan orang bukan Islam. Kita ini percaya Allah sebagai tuhan. berbeza dengan orang bukan Islam, mereka tidak percaya Allah. Jadi mereka hanya dapat Rahman Allah. Tapi orang Islam dapat Rahman dan Rahim Allah. Jadi, orang Islam kalau hendak berjaya mesti jaga Hablu minallah di samping Habluminan nas

Ayuh umat Islam, kita bangkitkan kembali zaman Kegemilangan Islam yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Kunci kejayaan umat Islam sebsenarnya terletak pada sejauh mana rapatnya seorang hamba dengan tuhannya. Ayuh kita beusaha bersama-sama agar kita dapat melahirkan golongan profesional Muslim yang bukan sahaja hebat dari segi Ilmu Dunianya tetapi hebat juga Ilmu Akhiratnya… Insya-Allah. Hiduplah kerana Allah taala..! Allahuakbar!

WaAllahua’lam..

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: