Utama > Uncategorized > 036#: Pembukaan 2010

036#: Pembukaan 2010

Assalamualaikum…

Dua minggu lepas, sesi persekolahan telah pun bermula. bermakna, bermulalah waktu untuk meninggalkan rumah dan menuju ke asrama SMKA Pedas.  Tahun ini, saya berada dalam tingkatan lima dan insyaAllah akan mengambil SPM tahun ini.  Tahun ini, pelajar SMKA Pedas tidak wajib untuk tinggal di asrama lagi untuk bersekolah di sana. Sebaliknya diberi pilihan untuk berulang dari rumah atau tinggal di asrama.

Yuran pada tahun ini juga bertambah sedikit daripada tahun lepas. Mungkin kerana tempias kegawatan ekonomi yang berlaku baru-baru ini. Tahun ini juga menyaksikan perubahan sistem pengambilan bilangan subjek-subjek SPM berbanding tahun-tahun lepas.

Perkara yang ingin saya highlightkan pada tahun ini, pihak Alumni SMKA Pedas dengan kerjasama Lujnah Usrah dan Tarbiyyah BADAR SMKA Pedas telah memulakan program Usrah Qiadah. Program ini diketuai oleh Saudara Muhammad bin Mohsin, bekas ketua BADAR SMKA Pedas 2003 (tak silap saya) dan telah menamatkan pengajiannya di Jordan pada tahun 2008. Kini sedang bergiat aktif dalam bidang dakwah dan mempunyai syarikat sediri yang dinamakan Al-faliheen Management.

Usrah ini sebenarnyer merupakan sesuatu yang penting dalam hidup kita sebagai seorang muslim. Hal ini kerana, usrah merupakan satu konsep kekeluargaan yang berteraskan dakwah. Asas dalam sesebuah usrah terdiri daripada Naqib dan anak-anak usrah. Murabbi pula merupakan ketua untuk para Naqib atau Nuqaba’. Konsep kekeluargaan dalam usrah ini memerlukan pkesemua ahli usrah mengenali antara satu sama lain dalam erti kata lain, kenal seperti adik beradik kandung sendiri.

Inilah salah satu konsep yang diterapkan oleh Rasulullah dalam misi pengembangan dakwahnya kepada umat manusia pada suatu ketika dahulu. Dalam sesebuah usrah, naqib akan bertindak sebagai ketua atau ayah atau ibu dalam usrah itu. Segala pengisian kebanyakannya disampaikan oleh naqib untuk mentarbiyyah anak-anak usrah tentang pelbagai aspek.

Gerakan Ikhwanul Muslimin yang pernah diharamkan di Mesir kerana bertujuan untuk menegakkan Sistem Khilafah Islamiyyah juga menggunakan konsep usrah sebagai asas untuk menyebarkan dakwah mereka. itulah Usrah..

Wallahua’lam..

Kategori:Uncategorized
  1. Akmal Hakim
    24 Januari 2010 at 9:24 pm

    Macam mana ya perlaksanaan usrah qiadah tu ya?

  2. realitihidupku
    29 Januari 2010 at 2:45 pm

    perlaksanaan usrah qiadah di SMKA Pedas itu dijalankan dengan kerjasama alumni SMKAP. untuk peringkat awal, usrah ini dijalankan kepada para pemimpin pelajar smkap….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: