Utama > Uncategorized > 030#: PMR 2009

030#: PMR 2009

Assalamualaikum,

Buat rakan-rakan yang sedang mengambil PMR sejak hari Rabu lalu, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Cuma ada beberapa pesanan. Selalunya sebelum PMR, SPM atau peperiksaan yang lain, kebanyakan dari kalangan kita sentiasa bermunajat kepada Allah. Sentiasa menghampirkan diri kepada Allah. Dan kalau boleh, masa yang ada itu  tidak cukup untuk beribadat kepada Allah. Tetapi, mengapa selepas berlalunya sesebuah ujian atau peperiksaan, ibadah hanya tinggal ibadah. Quran hanya tinggal Quran. Apatah lagi solat sunat.

Begitu juga yang berlaku semasa bulan Ramadhan yang lalu. Semasa kedatangan Ramadhan, surau-surau, masjid-masjid, musolla-musolla dihiasi dengan amal ibadat oleh orang-orang Muslim. Malamnya dipenuhi dengan Tahajjud, Tarawih. Siangnya kalau boleh tak nak lepaskan Al-Quran dari tangan. Kalau boleh nak seniasa berdampingan dengan kitab suci itu. Yang menariknya lagi, pantang melihat tabung mesti nak bersedekah. Perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan positif ini cukup menggambarkan kehidupan seorang Muslim.

Tetapi, mengapa setelah berlalunya Ramadhan, kelihatan masjid-masjid, musolla-musolla dan surau-surau yanga pada mulanya penuh dengan orang-orang muslim berkurang dengan mendadak. Al-Quran yang menjadi rutin harian bulan lalu kembali disinggah habuk. Tabung-tabung sedekah yang pada awalnya selalu penuh apabila dibiarkan, berkurang isinya setelah bulan Lailatul Qadar berlalu….

Mengapa semua ini berlaku?? Pada pandangan saya, semua ini berlaku kerana kurangnya sifat istiqamah dalam diri orang-orang Muslim kini. Hal ini kerana kurangnya penghayatan dan kefahaman dalam Islam itu sendiri. Jikalau seseorang Muslim itu sedar akan tanggungjawab sebenar seorang manusia kepada tuhannya maka, masalah ini mungkin dapat dielakkan. Disinilah saya ingin mengingatkna kembali saudara-saudara semuslim sekalian, ingatlah bahawa tujuan kita dihidupkan di dunia ini tidak lain dan tidak bukan semata-mata kerana Allah. Allah swt pernah berfirman:

Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku

Surah az-Zariyat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jadi, saya ingin menasihatkan kepada semua pembaca dan ammnya kepada seluruh umat Islam supaya sentiasalah Istiqamah dalam menjalankan urusan Ukhrawi. Kerana amalan yang sedikit tetapi istiqamah itu lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak istiqamah. Rangkalah perancangan ibadah kita untuk pelan jangka masa panjang sungguhpun ajal dan maut itu di tangan tuhan yakni Allah taala…

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gud luck untuk rakan-rakan PMR. Jangan tinggalkan amal ibadat waalupun PMR sudah berlalu ye…..

Wassalam…

Kategori:Uncategorized
  1. Akmal Hakim
    11 Oktober 2009 at 3:53 pm

    You are so right my dear Faiz..

    I believe this happens because we cannot deny our reliance whenever it is the time we must depends on him solely.

    And so miserable to those who don’t understand that they should always need Allah, not in a particular time..

    Keep write like this dear. Remember, our IMG vision is to inculcate the members of writers as well!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: