Utama > Uncategorized > 026#: Ramadhan….

026#: Ramadhan….

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama rasanya tak menulis sendiri dalam blog ni. Buat pengetahuan pembaca, kebanyakan artikel-artikel sebelum ini dicopy dari website-website lain. Entahlah… Nak kata tak ada mase tak juga. Walau apa pun sekurang-kurangnya dapat saya dapat berkongsi beberapa ilmu yang saya paparkan dalam blog ini.

Ramadhan kali ini mengingatkan saya beberapa peristiwa Ramadhan yang lalu. Antaranya, kisah kelahiran adik saya yang kelima. Adam namanya

AdamAdam dilahirkan dalam bulan Ramadhan juga. Sayta tidak pasti hari ke berapa kerana pada masa itu saya berada di asrama. Saya dapat tahu Adam dilahirkan melalui public phone ketika saya menelefon rumah semasa di asrama. Sebelah kanan ini gambar Adam yang telah diphotoshopkan. Comel tak?… Nama penuhnya Muhammad Adam Faiz bin Adnan. Ada juga Faiz tu…. Dia sudah pandai merangkak dan sudah mula hendak belajar berjalan. Keep it up Adam!

Antara peristiwa lain yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang lepas juga, arwah nenek saya bernama Maimunah bt Hashim meninggal dumia setelah seminggu terlantar di hospital kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya… Arwah nenek meninggal ketika lebih kurang dua minggu selepas kelahiran Adam. Pak cik saya menceritakan pada masa kemalangan itu, nenek sedang dalam perjalanan hendak menuju ke kedai untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kuih raya. Semasa melintas jalan, sebuah kereta telah melanggarnya dari tepi. Pemandu itu terus berlalu dan nenek saya terbaring di tengah-tengah divider jalan. Mujurlah ada seorang rakan nenek yang berbangsa cina berada di situ. Nenek memang seorang yang peramah. Itulah sebabnya nenek ada ramai kawan. Kawan nenek itu pun terus menelefon ambulans. Nenek dimasukkan kedalam wad neurologi di hospital Kuala Lumpur.

Masa itu, saya masih berada di sekolah. Seorang pak cik yang merupakan kawan ayah saya menjemput saya di sekolah seminggu sebelum cuti semester kedua. Hari itu hari Ahad (21 September 2008M bersamaan 21 Ramadhan 1429H) dan cuma tinggal dua minggu sahaja sebelum PMR bermula.  Pada hari Sabtu (27 September 2008M bersamaan 27 Ramadhan 1429H) ketika cuti semester kedua bermula, arwah nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika di hospital. Untuk kisah selanjutnya bukalah ruangan Arkib Disember 2008 di sebelah kanan ni. Artikel tentang kisah ini betajuk: “003#: Berahkirnya tempoh ibadah……”.

Semoga roh arwah nenek dicucuri rahmat Allah taala. InsyaAllah.

Selamat menjalani ibadah Puasa! Banyakkan amalan Sunat, tingkatkan kualiti amalan Fardhu!

Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
>Surah al-Baqarah:183<

WaAllahua’lam…

Kategori:Uncategorized
  1. syaheera safuan
    26 Ogos 2009 at 7:08 am

    faiz,,
    xtau plak ko ade adik kecik..
    aku ingtkan ko nih anak bongsu

  2. 24 Mac 2015 at 4:39 pm

    Faiz yang yana boleh nasihatkanlah bawak bersabar kerana semua yang terjadi ni ade hikmahnye

  3. 24 Mac 2015 at 4:41 pm

    Hehehehe sorry faiz baru baca dan baru komen2
    Arwah nenek saya meninggal bulan 2/2014

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: