Utama > Uncategorized > 023#: Innalillah… Ust. Asri..

023#: Innalillah… Ust. Asri..

Mohamad-Asri-rabbani

Adapted from: murai.com.my

KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2009: Bukan sekadar serangan jantung, Allahyarham Ustaz Mohd Asri, 40, yang telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi terlebih dahulu didapati mengalami sakit tekak dan muntah awal pagi ini.

Perkara ini di sahkan sendiri oleh salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Asri Ubaidullah yang juga sahabat rapat Allahyarham selepas mendapati keadaan Allahyarham yang kurang sihat ketika menghadiri raptai pelancaran program Syahadah musim ke-5 di Angkasapuri, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
“Memang sejak semalam lagi, saya dapati Allahyarham kurang sihat. Maklum sajalah dalam masa 2 minggu kebelakangan ini kami menghadiri banyak program. Semalam saja, kami telah bermesyuarat sehingga Maghrib dan saya sempat bertanyakan kepada Allahyarham sama ada dia boleh menyanyi secara live untuk pelancaran program Shahadah esok. Tapi Allahyarham cakap dia boleh lakukan.

“Cuma pagi ini selepas sarapan pagi, Allahyarham mengambil madu lebah dan kemudian muntah. Tapi Allahyarham gagahkan diri juga untuk ke RTM sehinggalah beliau rebah ketika sesi latihan,” katanya kepada pihak media.

Allahyarham dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar, Bangsar sejurus saja rebah. Selepas disahkan meninggal dunia,  jenazah beliau dimandi serta dikafankan di hospital berkenaan sebelum dibawa pulang ke kediaman ibunya di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk disembahyangkan, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan, Seksyen 21, selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nur Jannah Shahadan, 38, serta 6 orang cahaya mata iaitu Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Noor Atikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 5.

Sementara itu Ketua Pengarah Penyiaran Kementerian Penerangan, Datuk Ibrahim Yahaya, berkata, beliau berada di tempat kejadian ketika Allahyarham rebah di atas pentas yang sepatutnya menyaksikan arwah membuat persembahan.

“Sejak musim ke-2 lagi, Rabbani dipilih untuk menyanyikan lagu latar program ini. Hari ini sepatutnya Rabbani menyanyi live. Bagaimanapun apa yang telah terjadi, Ustaz Asri telah rebah dan pengsan ketika memegang mikrofon dan saya terus mengarahkan agar beliau dikejarkan ke hospital berdekatan.

“Namun begitu pelancaran program tetap diteruskan dengan menggunakan cakera padat (CD) yang sedia ada. Bagi saya kematian Allahyarham adalah kehilangan yang cukup besar yang telah banyak memberi sumbangan kepada irama nasyid kontemporari,” katanya kepada portal murai.com.my

http://www.youtube.com/watch?v=EgQAMbOa3eA

Kategori:Uncategorized
  1. beri2
    15 Ogos 2009 at 3:27 pm

    salam..
    takziah kpd kuarga ustz asri..
    moga rohnyew dcucuri rhmat..
    amiinn…

  2. umar-smkap
    10 Februari 2010 at 8:17 am

    insyallah

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: