Utama > Uncategorized > 017#: Islam Kini

017#: Islam Kini

Assalamualaikum wbt

Alahamdulillah dapat juga saya menulis kembali dalam blog ini setelah hampir tiga minggu saya tidak mendapat peluang untuk memberi pengisian.

Kita lihat dunia pada hari ini, mausia telah banyak mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Teknologi demi teknologi semakin bertambah. Pelbagai alat-alat elektronik seperti komputer, telefon bimbit oleh digunakan untuk memudahkan manusia menjalankan urusan harian.

Tetapi wahai saudara sekalian,

Dalam pelbagai arus kemodenan yang sedang kita lalui hari ini, tidak ramai orang Islam yang bersyukur. Umat Islam pada hari ini semakin hanyut dalam kemodenan dunia yang berteraskan barat. Ramai dalam kalangan umat Islam hari ini lupa akan asal-usul kejadian mereka sepertimana yang difirman Allah taala dalam Al-Quran:

Dan aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaku

>Surah Az-zariyyat:56<

Umat Islam kalah ‘lagi’?

Adakah umat Islam hari ini kalah sekali lagi?

Saudara sekalian,

Pada pandangan saya umat Islam masih lagi berdiri tetapi dalam masa yang sama sedang mencipta kekalahan mereka sendiri. Mengapa saya katakan begini? Kerana jika kita menyingkap kembali sejarah kejatuham Islam, JATUHNYA Islam bukan sahaja kerana perancangan orang kafir yang begitu strategik. Bahkan kekalahan Islam adalah kerana keadaan Umat Islam itu sendiri.

Memang tidak dinafikan bahawa Islam pada Abad ke-19 dahulu merupakan salah satu kerajaan yang amat digeruni oleh orang-orang kafir. Tetapi mengapa Empayar Islam terakhir jatuh pada 23 Mac 1924?

Hal ini kerana pada zaman itu Umat Islam sudah lupa akan Islam. Ukhuwah Umat Islam pada zaman itu semakin luntur.

Saya ingin memetk sebuah artikel yang ditulis oleh saudara Fitrie dalam blognya:

Peperangan Dunia Pertama (1909-1919) telah berlaku selepas pembunuhan waris kerajaan empayar Austria-Hungary yang bersekutu dengan Jerman dan Turki Uthamniyyah. Pembunuhan itu dilakukan oleh warga Serb yang tinggal di Austria. Orang Serbia bersekutu dengan Perancis, British dan Russia (BERSEKUTU). 3 negara kuasa besar itu amat membenci kerajaan Turki Uthamniyyah ketika itu digelar “Old Man Sick”.

Sebelum itu, kerajaan Uthmaniyyah menghadapi krisis empayar kerana berlaku perpecahan dalam negara. Rakyat Islam Uthamniyyah telah berpecah belah dengan membahagikan tanah mengikut bangsa. Antara bangsa yang tinggal dalam empayar Uthmaniyyah ialah Turki, Armenia, Azerbaijan, Yahudi, Arab, Greece dan lain-lain. Mereka menuntut kemerdekaan.

Dalam keadaan huru-hara, tentera Turki Uthamniyyah berperang dalam Perang Dunia Pertama yang menyaksikan pengkhianatan telah berlaku terhadap Turki Uthamniyyah dan kekalahan Turki Uthamnityyah. Mana taknya, asalnya dia seorang komander yang hebat, tetapi kini dia menjadi pengkhianat. Siapakah gerangan itu?

Mustafa Kamal. Dia telah mengkhianati Turki Uthmaniyyah dan dia mendarat di Samsun pada tahun 1919. Tentera ANZAC telah berjaya mengalahkan tentera Turki Uthmaniyyah. Orang Islam yang nasionalisme telah meraikan kejayaan Mustafa Kamal Attaturk dengan membahagikan negara-negara mengikut bangsa dan menghapuskan sistem yang teragung didunia iaitu Khalifah pada 23 Mac 1924.

Seluruh negara Barat yang BERSEKUTU telah meraikan kemenangan tersebut. British telah memerdekakan negara jajahannya dengan memecahkan tanah mengikut bangsa dan diikuti Perancis,Portugis dan Sepanyol selepas Perang Dunia Ke-2 (1942-1945).

Tanah Melayu dipisahkan dengan Indonesia pada tahun 1948. Padahal orang Melayu bersatu didua negara tersebut. Ini amat menyedihkan. Mereka yang mahukan kemerdekaan lupa akan sejarah apabila Tanah Melayu mempunyai sejarah dengan Indonesia dalam tempoh 2000 tahun.

Begitulah saudara sekalian kisah yang berlaku pada Zaman Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dari segi politiknya.

Namun lain pula ceritanya pada hari ini.

Pada hari ini, kita sering melihat wanita dan lelaki Islam dengan ‘selambe’nya mendedahkan aurat mereka. Adab dan perilakunya sebagai seorang Muslim ‘hancus’. Permainan nombor ekor atau dalam Islam dikenali sebagai PERJUDIAN semakin berleluasa dalam kalangan umat Islam itu sendiri. Dengan merokoknya yang entah bila akan datang kesedaran kepada penghisapnya. Bagaimana mungkin Islam akan berjaya?

Kita sibuk dengan permainan politik yang semakin tidak menentu di Malaysia. Kita sibuk dengan permainan bola sepak yang kita hanya menonton permainan orang dan bukan kita yang bermainnya. Kita sibuk dengan pertandingan-pertandingan yang berunsurkan muzik-muzik yang melalaikan. Kita juga sibuk dengan isu bilangan subjek SPM yang tidak tentu-tentu bilangannya.

Semua faktor-faktor yang dipandang remeh inilah yang akan memberi kesan terhadap keimanan seseorang Muslim itu. Perkara inilah yang saya maksudkan sebagai Umat Islam sedang mencipta kekalahan mereka sendiri.

Islam sebagai Rahmat

Kita harus sedar saudara-saudara sekalian bahawa Islam merupakan rahmat kepada seluruh alam. Tanpa Islam, dunia ini akan ditimpa dengan pelbagai bencana. Hal ini kerana, segala azab yang diturunkan oleh Allah taala seperti Influenza A, Tsunami, gempa bumi dan banyak lagi berpunca dari manusia yang tidak menjadikan Islam sebagai asas dalam kehidupan.

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan meeka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar.

Surah Ar-rum:41

Ingatlah saudara-saudara sekalian, jika kita mengbaikan Islam sebagai The Way Of Life, maka tunggulah pembalasan Allah taala terhadap kita. Apabila Allah taala menurunkan azab, maka azab itu tidak akan ada manusia yang akan terlepas. Tidak kiralah seseorang itu ulama’, ustaz, penagih, miskin, kaya, muda, tua setiap daripada manusia tidak akan terlepas dari bala’ Allah taala.

WaAllahua’lam….

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: