Utama > Uncategorized > 015#: Ukhuwah

015#: Ukhuwah

Assalamualaikum

Sudah lama rasanya saya tidak Updatekan log ni. Maklumlah tinggal di asrama….

Ukhuwah….

Apa itu Ukhuwah?

Adakah ia cuma perkataan yang sengaja di reka-rekakan?

Atau cuma kalimah yang cuma disebut untuk menyedapkan sesuatu ayat?

Wahai saudara saudaraku sekalian, Ukhuwah merupakan perkataan yang merujuk kepada ikatan perhubungan persaudaraan antara umat Islam seluruh Dunia.

Ukhuwah merupakan salah satu Simbol kekuatan bagi umat Islam. Kita lihat dalam sejarah lampau apabila Rasulullah saw berhijrah ke Kota Madinah, perkara pertama Rasulullah lakukan ialah mendirikan masjid. Kenapa masjid?

Kalau kita lihat dari segi penggunaan masjid ini sahabat sekalian, masjid berfungsi sebagai pusat kemasyarakatan bagi umat Islam. Apabila ada sesuatu majlis, masjidlah selalu di gunakan sebagai tempat berkumpul untuk membuat persiapan yang sepatutnya. Apabila ada ceramah, masjidlah tempat yang dilakukan untuk menyampaikannya. Apabila ada majlis Khatam Al-Quran, masjidlah tempat yang menjadi tempat melaksanakannya.

Kita dapat lihat banyak kegunaan masjid pusat kemasyarakatan umat Islam. Jadi, apabila semakin ramai umat Islam berkumpul untuk melakukan kerja kerja kemasyarakatan maka sifat saling bantu-membantu dan faham memahami maka akan terjalinlah satu ikatan yang dinamakam Ukhuwah. Begitu jugalah halnya pada zaman Rasulullah saw. Baginda membina masjid dengan tujuan untuk memupuk semangat Ukhuwah dalam kalangan masyarakat Islam pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan mempunyai semangat Assabiah yang tinggi.

Rasulullah saw sedar dengan kekuatan Ukhuwah, maka umat Islam akan menjadi kuat dan sukar untuk ditumbangkan. Baginda juga selalu menasihati para sahabat baginda agar menjaga hubungan antara satu sama lain tanpa berasa ada perbezaan samada warna kulit, bangsa dan keturunan.

Pada hari ini sahabat-sahabatku sekalian, dunia di ambang perpecahan. Umat manusia rakus mahukan kuasa. Dimanakah silapnya???

Saya rasa sahabat-sahabat pasti tahu di manakah silapnya. Rapuhnya iIkatan UHUWAH itu sendiri.

Kalau kita lihat pada zaman Para Sahabat Nabi itu sendiri, Ukhuwah dalam kalangan mereka amat utuh sehinggakan orang-orang kafir Quraisy amat gerun terhadap mereka sungguhpun bilangan Para Sahabat dan umat Islam itu cuma sedikit sahaja.

Wahai sahabat sekalian, Ingin saya ingatkan supaya saudara- saudara sekalian agar kita sebagai umat Islam mestilah menjaga ikatan Ukhuwah sesama Muslim. Hal ini kerana, jika hubungan sesama Muslim dapat kita jaga, maka InsyaAllah Umat Islam akan dapat mewujudkan Zaman Kegemilangan Islam seperti suatu masa dahulu….

WaAllahua’lam….

Kategori:Uncategorized
  1. hanisaunilieyana
    3 Mei 2009 at 3:13 am

    UKHUWAH…Beramal dengannya kita akn dapat mengembalikan kegemilangan islam…

  2. Akmal Hakim
    4 Mei 2009 at 4:23 pm

    Abang ada jawab dalam blog fitrie.

    cuba check, lebih kurang sama maksud.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: