Utama > Uncategorized > 013#: Pindah

013#: Pindah

Assalamualaikum…



Hari ini saya menerima berita dari Qamar (seorang sahabat dari sekolah) melalui SMS. SMS itu bertulis:

“Memandangkan Mine dah tak ade, kite main double nak?”

“Kenapa pulak?”

“Mine nak pindah KISAS, so kite main double tenis ar….”

“Yeke ni Qamar? Ke ko nak goreng aku?” saya membalas.

“Ramai budak-budak ni dapat. Aku (Qamar) ngan Bulu dapat SMAP Labu. Ucop dapat SASER. Mine, Adzwan & Nana dapat KISAS. Syud dapat Sri Puteri. Hafiz Zul dapat SDAR dan Sal dapat SBPI Selandar. Tapi aku (Qamar) dah fikir masak-masak nak stay…”

“Mane kau tau sume ni?”

“Internet ade…. Mula-mula, Bulu bagitau aku. Then, aku tak percaya. Terus aku pun surf…”

So camne?”

“Aku (Qamar) dengan Adzwan jer yang stay.

Saya tidak sangka bahawa begitu hebat rakan-rakan saya yang lain. TAHNIAH!!!

Tapi apakan daya saya, mereka mahu berpindah…. Tidak mengapalah. Rezeki mereka nampaknya. Saya mengangarkan bahawa selepas cuti ini, makin kuranglah rakan sekelas saya.Tidak lama selepas itu, saya menerima SMS daripada Shakirin (pelajar Maktab Tentera Diraja).

“Assalamualaikum ya Ashabi!” Shakirin memulakan bicara.

“Waalaikumsalam. Shak kau baru balik ke? Bile kau balik?”

“Semalam. Jom keluar jalan-jalan jap kat KL.”

“Sorry Shak, tak boleh lah. Minggu ni aku sibuk.”

“Oh, kau tak dapat keluar ke? Tak pe lah, aku tak kisah pun”

“Kau tahu tak yang ramai budak-budak form 4 SMKAP baru dapat tawaran SBP? Ramai jugak yang dapat & ramai jugak nak pindah.”

“Biarlah diorang fikir sendiri. Cari apa yang terbaik bagi diri diorang.”

Bila saya fikir-fikir balik, betul juga. Biarkanlah…

Teringat satu kata-kata daripada seorang senior di SMKAP: “Kalau kawan-kawan kau pindah, biarkanlah diorang nak pindah. Yang penting kalau kau ade matlamat kau, kau usahalah untuk dapat matlamat itu. Yang pergi, biarlah pergi. Yang tinggal usahalah lagi”

Untuk rakan-rakan yang berpindah, saya ingin sampaikan lirik lagu nyanyian Brothers yang bertajuk:

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitikan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan”

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Pada kesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada semua pembaca dan rakan-rakan terutamanya yang ingin meninggalkan SMKAP. Semoga rakan-rakanku yang berpindah tidak melupakan kami disini (SMKAP). Jagalah diri, jaga solat & jangan lupa Allah s.w.t. yang Maha Melihat.




Assalamualaikum….

Rakan-rakanku…..

Kategori:Uncategorized
  1. Akmal Hakim
    19 Mac 2009 at 3:09 pm

    Ala normal la tu.
    Bagi abang, kita kena jadi proaktif dalam keadaan ni. Biar lantaklah diorang nak pegi mana pun. Kita berJIWA SMKA Pedas, terus sampai bila-bila. Tempat ni mulanya kita belajar erti TARBIYAH.

    Ini masanya kita membalas KESAN TARBIYAH dengan TARBIYAH.

    Abang tak maksudkan diorang tak sayangkan sekolah. Tapi, situasinya Faiz sekarang, yang berada di sekolah, apa perlu buat, apa perlu rancang. Terutamanya IMG tu. Siapa lagi kalau bukan kita?

    Jadi, yang lepas, lepas. Kita sedia berjuang hari ini.

    Ingat, berapa kerat saja orang yang masih nak turun ke sekolah sebab alasan macam-macam. Berapa ramai yang betul-betul setia dengan SMKAP lepas dah masuk UNIVERSITI yang kelas-kelas. Meskipun SMKA Pedas melakar seni kehidupan pada jiwa mereka.

    “If you want to see the change, be the change” – Mahatma Gandhi

  2. shakirin
    21 Mac 2009 at 2:52 am

    sahabatku berpindah bukan bererti melupakan. lihat saje konsep perjuangan junjungan kita(rasulullah) yang berpindah dari mekah ke madinah. beliau pergi demi menyusun strategi untuk pulang kembali ke mekah demi membawa kejayaan. begitu juga aku yang mempunyai strategi sendiri. pegi untuk membawa sesuatu kepada SMKAP. bukan nak koyok tapi bile F.5 sane tanye sekolah lame aku aku dngn bangganya kate “saya produk SMK(A) PEDAS…………
    (ramai bdk sane ketandusan agame)”

    Aku didik anak aku 10 tahun sebelum dia lahir.

  3. realitihidupku
    21 Mac 2009 at 2:07 pm

    Satu pandangan yang bagus Shakirin.
    Good luck!!!

  4. Akmal Hakim
    21 Mac 2009 at 3:22 pm

    Abang memang suka orang macam shakirin ni. Berpandangan jauh. Imam Syafie sendiri mendidik anaknya 20 tahun sebelum dia lahir. Proses inilah yang Stephen R. Covey katakan sebagai “Begin With The End In Mind”.

    Shakirin,

    Abang sukakan apa yang Shakirin katakan berpindah bukan tanda melupakan. Bagi abang, semua yang pindah, yang keluar, semua tak lupakan SMKAP. Tetapi yang menentukan samada kita LUPA atau SETIA bergantung pada tindakan kita.

    Ramai orang cakap hari ini bijak berkata-kata. Orang putih kata “Action Speaks Louder Than Words”. Jadi, Shakirin bukan sahaja perlu BANGGA sebagai produk SMKA Pedas, tetapi Shakirin perlu GEMBIRA kerana dididik 3 tahun di bawah tembok ilmu 4 dinding ini.

    GEMBIRA pula adalah didefinisikan sebagai betapa kita menghargai itu satu sekolah aka sumber ilmu sebagai salah satu persinggahan kita dalam menuntut ilmu.

    Wallahu a’lam

    (p/s: Macam ini caranya nak bagi komen Faiz)

  5. mil
    22 Mac 2009 at 1:52 am

    bagos…
    x per.. nt taun 2010 nnt smkap gemilang dan tebilang..
    bgi, kawan yang pindah, ingat kami di sini. blaja tol2!jge diri ..
    wallahu’alam…

  6. aireensamirah
    22 Mac 2009 at 3:13 am

    salam..
    ramai nak pindah??
    hemm…xpe2..batch akak dlu pun rmi yg pndh..
    mase pmr ktorg ade 140 org, mase spm, tggl 100 org je..tu pun da termasuk budak2 baru..
    bila berpindah, bukan bermaksud dorg melupakan sekolah, tp dorg cuba mendapatkan peluang yg lg baik..sometimes kita akan lihat mereka bagai kacang lupakan kulit, kan akmal hakim??hehe~ tp sbnrnye mcm shakirin tu la, pergi nak bawa nama smkap..bagus2..
    siapa kata smkap tak ada standard, tak kelas, siaplah!huhu..

    akak melihat perpindahan ni dr sudut positif, akak bgga juga bila tgk kwn2 n adk2 dkt skola hebat2 ni..maknanya
    smkap dah lahirkan produk yg berkualiti..yg mampu menebusi SBP..rmi juga yg hebat2 di sekolah baru..

    doakn yg pndh tu bawa name smkap..
    kpd yg pindah, pesan akak, bawa nama smkap..
    jgn pernah malu utk sebut anda adalah produk smkap..
    dan apa yg lg penting, ilmu dan tarbiah yang dah diberikan di smkap, kongsi dan sebarkan di sekolah baru anda..
    dan jangan cemarkan nama smka pedas khususnya dan nama sekolah agama amnya di sekolah baru..
    jgn sampai org kata, “ala, budak skola agama pun mcm ni ke??same je mcm ktorg..”

    akak jemput kamu semua utk tgk post akak ni

    http://aireensamirah.wordpress.com/2008/11/02/post-11-smkap-yang-hebat/

  7. pe-jal
    30 Mei 2009 at 4:47 pm

    salam..
    kpd korang yang masih setia di smkap…tahniah kerana mempunyai semangat yang tinggi untuk tinggal di sana…hope korang mampu membuat sesuatu yang baru serta mengembalikan nur islam di smkap….sebagai senior yang baru hope korang dapat mendidik junior korang menjadi orang berguna yamg berguna untuk menjadi pengganti korang nanti…hope gak pedas menjadi lebih megah dengan adanya pimpinan-pimpinan baru cam korang…walauun aq da lebih kurang 4 bulan tinggalkan pedas…aq stil ingat korang…aq harap…ikatan batch kita x la just sampai f3 je…hope sampai bile2….sbelum aq chow…korang kene ingat setiap kesusahan itu pasti ade hikmahnya…susah camne pown korang nak pimpin skul pedas 2….msti ade gak yang bek akan datang t….k la….doakan aq kat RMC…pray 4 me strong there

  8. HAFIZAH
    3 Jun 2009 at 4:50 am

    assalamualaikum
    erm..okla ko punye blog…siap ade rentetan cerita lagi…
    ape2 pon..teruskan

  9. syuhada
    3 Jun 2009 at 4:19 pm

    assalamualaikum……….
    aku pon same gak nk ucpkan slamat maju jaya kpd sume budak pedas yg masih disitu.moga kalian berjaya memartabatkan nme pedas.. semua kenangan yg kte lalui bsama takkn aku lpekn slameny,insyaallah..

  10. 6 Jun 2009 at 3:03 pm

    argh..sedeyy w0kk!!

  11. izah
    6 Jun 2009 at 3:27 pm

    sdey nye. chaiyok2 la smkap.
    i’ll support until when2.

  12. syarmine
    6 Jun 2009 at 3:58 pm

    assalamualaikum…lame x jumpe korg…rindunye aq..
    kaifa dgn badan kepimpinan skang…
    hope btambah hebat n syadid la….SmKA peDas…
    name yg asing kat sane…walaupon batch akh syazani n the gang pernah ade sane…sdey aq dgr sahabat2 aq sane x tau pedas…tp xpe…bt batch f4 n bdn kpimpinan..
    kan korg ckp pasal tarbiyah…ingat..tarbiyah ialah mendidik IREJ hanya untuk Allah semate2..klu organisasi kpimpinan sane dpt tarbiyah dak2 bawahan…insyaAllah..ramai yg bjaya….xyah la strive 4 blaja bagai nak mati…tp ibadah x jage….x berkat..
    bt kwn2 yg da pinda tmpat2 laen(maksud aq sek sains la) istiqamah la ek…HUD:112….pandai2 la korg…sori post lambat…last word…jgn putus ukhuwwah ug dah tjalin ek..
    waAllahua’alam

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: