Utama > Uncategorized > 012#: Kawan….

012#: Kawan….

Assalamualaikum wbt

Sahabat-sahabatku sekalian,

Alhamdulillah, dapat kita bertemu dalam ruangan blog ini sekali lagi. Nampaknya sudah agak lama saya tidak updatekan blog ni. Mintak maaf ye….

Wahai saudara semuslimku sekalian. Sahabat merupakan antara anugerah dan nikmat dari Allah swt yang indah dan tidak ternilai harganya.

Namun begitu, adakah kita semua dapat merasa nikmat bersahabat itu?

Sebelum itu saudara,

Teringat sebuah kisah ketika mana tiga orang sahabat yang baru pulang dari satu peperangan. Ketiga-tiga orang sahabat ini berasa begitu penat dan haus. Namun hanya seorang sahabat sahaja yang membawa sedikit air dan air itu hanya cukup untuk seorang sahaja.

Sahabat yang pertama itu memberikan air yang dibawanya itu kepada sahabat yang kedua. Tetapi sahabat yang kedua itu enggan menerima air itu. Lalu sahabat kedua itu memberikan air yang sedikit itu kepada sahabat yang ketiga.

Sepertimana sahabat kedua tadi, sahabat yang ketiga juga enggan menerima air tersebut. Sahabat ketiga itu memberikan semula air itu kepada sahabat pertama. Namun sahabat pertama masih tidak mahu menerima dan memberikan air tiu kepada sahabat kedua semula. Perbuatan ini berlaku berulang-ulang kali sehingga akhirnya ketiga-tiga orang sahabat itu meninggal dunia.

Begitulah saudara sekalian,

Begitu besarnya pengorbanan dan eratnya ikatan ukhuwah sesama mereka sehinggakan mereka lebih sanggup mati kerana sahabat mereka yang lain.

Hargailah sahabat yang dianugerahkan Allah kepada kita. Jikalau kita sering dijadikan bahan gurauan rakan-rakan lain lain, janganlah terasa hati kerana gurauan yang diajukan itulah merupakan kemanisan dalam bersahabat. Dalam erti kata lain usahlah kita cepat berasa kecewa dengan sahabat kita.

Tanpa gurau senda, hidup kita akan berasa sunyi. Hatta Nabi Adam as yang tinggal di syurga juga berasa sunyi kerana tiada sesiapa untuk menemaninya di sana.

Oleh itu, sekali lagi Hargailah SAHABAT…….

“Sesungguhnya setiap orang beriman itu bersaudara  maka damaikanlah saudaramu yang bertelingkah”

>Surah Al- Hujurat : 10<

Wassallam……

Kategori:Uncategorized
  1. Akmal Hakim
    19 Mac 2009 at 2:59 pm

    Cerita Ikrimah bin Abu Jahal

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: