Utama > Uncategorized > 009#: The time has come……..

009#: The time has come……..

Hari demi hari,
Masa berlalu
Kadang-kala tak terasa masa itu berlalu dengan pantas.
Hari demi hari,
Walau sekaya manapun manusia,
Namun tiada yang mapu membeli masa.

Jumaat, 23 Januari 2009……

Hari ini pelajar SMKA Pedas dibenarkan balik bermalam buat pertama kalinya bagi tahun 2009. Di SMKA Pedas diadakan Sanbutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah. Pihak sekolah menjemput 3 orang ahli panel penceramah luar untuk menyampaikan forum Maal Hijrah.

Forum kali ini mengkisarkan lebih kepada masalah remaja pada masakini. antara masalahnya ialah pergaulan bebas, sumbang mahram, khalwat dan macam-macam lagi. Selepas forum tersebut tamat pelajar dibenarkan naik ke asrama untuk mengemas barang dan pulang selepas solat Jumaat.

Selepas solat Jumaat saya terus mengambil barang yang sudah dikemas untuk dibawa pulang menaiki bas. Dalam bas saya sempat berbual bersama rakan saya Syakirin yang akan berpindah ke MTD (Maktab Tentera Diraja) pada minggu hadapan. Oleh itu saya ambil kesempatan untuk bern=bual dengannya.

Apabila sampai ke Terminal 1 saya terus menaiki bas yang menuju ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah. Perjalanan dari Seremban menaiki bas biasanya hanya mengambil masa selam selama 1 jam ke Kuala Lumpur. Namum pada hari itu trafik di Seremban agak sesak. Saya sampai di Pasar seni 1 jam setengah kemudian.

Di Pasar Seni saya terjumpa dengan bekas Ketua Umum SMKA Pedas 2006 iaitu saudara Hizbul Alifi Mohd Noor ( http://mhamdnor.blogspot.com/ ). Sudah agak lama saya tidak bertemunya. Beliau akan ke oversea tidak lama lagi.

Selepas itu, saya menuju ke public phone untuk memberi tahu emak saya bahawa saya telah sampai di stesen LRT Pasar Seni untuk ke Wangsa Maju.

Apabila mak menjawab panggilan, suara latar belakang agak senyap kerana biasaya di rumah adik-adikku selalu membuat bising.

“Mak, Faiz dah sampai Pasar Seni ni nanti mak readylah kat Wangsa Maju…”

“Faiz, pergi tukar haluan naik KTM pergi Kepong Sentral. Nanti mak jemput kat sana.”

Saya hairan…..

“Kenapa mak?”

“Naik je lah KTM”

“Tapi kenape?”

“Atuk…..atuk dah meninggal…..”

Saya terdiam…. Tidak menyangka perkara yang baru didengar itu berlaku.

“Ok, mak” saya memutuskan talian.

Saya terus menuju ke stesen pertukaran di KL Sentral untuk menaiki KTM menuju ke Kepong Sentral.

Kategori:Uncategorized
  1. 16 Jun 2013 at 10:40 am

    Although Splitweet is positioned as an instrument for brands,
    it does seem in our experience that most businesses want to do this especially when your business depends
    upon many different followers to grow your get twitter followers.

  2. 3 Julai 2013 at 2:58 pm

    You really make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be really
    something which I think I would never understand. It seems too complicated and very broad
    for me. I am looking forward for your next post, I’ll try to get the hang of it!

  3. 10 Julai 2013 at 2:58 pm

    I’m extremely pleased to discover this site. I need to to thank you for your time for this wonderful read!! I definitely savored every part of it and i also have you saved to fav to look at new stuff in your web site.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: