Utama > Uncategorized > Pengumuman Keputusan PMR 2008

Pengumuman Keputusan PMR 2008

PUTRAJAYA 24 Dis. – Seramai 472,060 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di 3,458 buah pusat peperiksaan seluruh negara akan mengetahui keputusan masing-masing pada 30 Disember ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan itu akan diumumkan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, di sini.

Menurutnya, calon-calon boleh mengambil keputusan pada hari yang sama di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala keputusan bagi calon persendirian akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pelajaran negeri.

Beliau berkata, daripada keseluruhan pelajar yang menduduki PMR, seramai 442,791 (93.8 peratus) adalah calon sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran manakala 15,430 (3.3 peratus) calon sekolah-sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu.

Selain itu, sebanyak 13,491 (2.8 peratus) orang merupakan calon swasta manakala 348 (0.1 peratus) ialah calon persendirian perseorangan.

Kategori:Uncategorized
  1. diana
    31 Disember 2008 at 7:10 am

    tahniah kepada para pelajar pmr yang mendapat semua A dlm exam pmr…

  2. 4 Januari 2009 at 8:36 am

    congratz kpd sume org.
    saye rugi dpt 7a1b.
    sdey..😥
    tak pe, ley cube lg spm nnt.
    salam.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: