Utama > Uncategorized > 005#: Balaslah dengan doa

005#: Balaslah dengan doa

Pada suatu hari Ali sedang berjalan-jalan beseorangan di taman. Tiba-tiba Ali  tidak perasan dan tersadung akar pokok yang berada di bawah lalu jatuh. Ali cuba menggerakkan kakinya namun tidak dapat. Rupa-rupanya barulah dia sedar bahawa kakinya patah.

Ali meminta tolong daripada orang yang lalu-lalang di taman tersebut. Datanglah seorang pemuda yang baik hati dan menawarkan diri untuk menolong. Pemuda tersebut bertanyakan situasi yang sedang Ali hadapi. Setelah mengetahui keadaan sebenar, pemuda tersebut mengangkat Ali dengan bantuan beberapa orang lain dan membawa Ali ke hospital berdekatan.

Ali dirawat oleh doktor yang bertugas di hospital ketika itu. Setelah urusan dengan doktor selesai, Ali melihat ibu bapanya berada di ruang menunggu. Ali tercari-cari pemuda yang membantunya tadi namun tidak kelihatan. Dia tidak sempat mengucapkan apa-apa kepada pemuda yang membantunya sebentar tadi.

Saudara-saudara sekalian,

Peristiwa di atas menceritakan asam garam kehidupan kita sebagai manusia. Kita tidak akan terlepas dari sebarang musibah atau ujian yang telah ditetapkan Allah yang Maha Mengetahui. Dalam kehidupan bermasyarakat pula, kita tidak terlepas dari tuntutan berbudi dan menerima budi.

Tidak kiralah di mana sahaja kita berada, kita saling bergantung antara satu sama lain. Berbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda, tetapi budi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan amalan baik.

doa

Membalas budi juga tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang serupa. Memadilah dengan membalasnya dengan mendoakan kebaikan kepada si budiman tersebut. Seperti cerita di atas Ali bolehlah mendoakan kebaikan kepada pemuda yang telah membantunya itu.

“Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak berdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur”.

Hadis Riwayat Tabrani.

Wassallam…..

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: