Utama > Uncategorized > 004#: Pemimpin, oh pemimpin…..

004#: Pemimpin, oh pemimpin…..

Bismillahirrahmanirrahim…..


“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) sebagai pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesunguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

Surah Al-Maidah : 51

Pemimpin oh, pemimpin. Tanggungjawabnya begitu besar sehinggakan apabila amanah diterima sebelah kakinya berada di syurga manakala sebelahnya lagi berada di neraka. Begitulah hakikat menjadi pemimpin.

Namun begitu, pada masakini tidak ramai pemimpin yang mempunyai sifat kepemimpinan yang boleh dibanggakan. Kebanyakan pemimpin masakini mempunyai rancangan yang tersembunyi ibarat ada udang disebalik batu semasa menjadi pemimpin dan tidak ramai mempunyai ketulusan dalam menerima tanggungjawab. Itulah hakikatnya hari ini.

Sebagai contoh lihatlah keadaan di Malaysia pada hari ini. Kebanyakan pemimpin kita tidak ramai yang mahu mengikuti syariat islam yang telah ditetapkan dari Al-Quran dan Al-Sunnah kerana kurang pendedahan tentang Islam ketika mereka muda dahulu. Mereka memerintah hanya sekadar mengikut hawa nafsu mereka sahaja.

Wahai para pembaca sekalian,

Lihatlah, dunia Islam kini ketandusan pemimpin yang berkaliber, yang berwawasan dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Antara faktor yang mempengaruhi perkara ini ialah remaja sendiri.

“Untuk melihat masa depan sesebuah negara itu, lihatlah kepada remajanya”

Prof. Dr. Hamka

Pepatah ini mengatakan bahawa masa depan sesebuah tempat itu dilihat dari sudut tingkah laku para remajanya. Hal ini tidak dinafikan kerana setiap manusia yang sudah dewasa pernah melalui zaman remaja. Apabila akhlak dan rohaninya tidak dibentuk sejak remaja lagi maka akibatnya akan mempengaruhi zaman dewasanya.

Apabila pemimpin-pemimpin dari para pemuda dan pemudi muslim tidak dapat dibentuk maka lahirlah pemimpin yang jahil tentang Islam. Apabila keadaan ini berlaku, bagaimanakah orang-orang begini mahu memimpin orang-orang Islam yang lain dan apakah nasib yang akan menimpa pada agama yang suci ini? Fikir-fikirlah sendiri wahai saudara semuslimku.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin buka Islam sedang mencari jalan untuk melenyapkan dan menghancurkan Islam dari muka bumi ini. Sedarlah wahai saudara sekalian, apabila Islam dipermainkan sanggupkah kita menerimanya? Sanggupkah kita mensia-siakan perjuangan Nabi Muhammad SAW menegakkan Islam suatu ketika dahulu? Sanggupkah saudara?

Oleh itu saudaraku sekalian,

Berhati-hatilah ketika memilih pemimpin. Bagi para pemimpin yang berada di luar sana, pesanan saya, ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang kita lakukan. Ingatlah, setiap tingkah laku kita diperhatikan oleh Allah dan akan menjadi contoh kepada anak-anak buah kita. Jika akhlak kita dirasakan tidak sesuai sebagai seorang pemimpin, maka carilah jalan untuk memperbaikinya.

Ingatlah saudara sekalian, Allah akan tidak akan mempersia-siakan orang yang menolong agama Allah. Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf sekiranya hati atau perasaan pembaca terguris. Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W. :  Kulilhaqqawalaukanamurrra.

“Berkatalah benar walaupun ianya pahit”

H.R. Al-Bukhari

Wassallam…..

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: