Utama > Uncategorized > 003#: Berakhirnya tempoh Ibadah……

003#: Berakhirnya tempoh Ibadah……

Ahad, 21 September 2008 M / 21 Ramadhan 1429 H

5:45 petang, Dewan makan SMKAP.

“Weih, Faiz nak duduk kat mane nih”

“Hujung sanalah”

Aku dan Aizat meletakkan tray yang berisi makanan untuk berbuka puasa di atas meja dan menutupnya dengan surat khabar.

“Jom pergi bilik TV, hari ni aku dengar Jejak Rasul ade segmen yang menariklah”

“Kau pergilah dulu, nanti aku datang”

Bilik TV asrama.

Aizat naik ke dormnya di tingkat 2 asrama. Aku menuju ke bilik TV kerana pada bulan Ramadhan bilik TV dibuka pada setiap petang. Aku menonton Tv dengan masyuk sekali melihat tapak kaki nabi Adam yang disiarkan dalam rancangan Jejak Rasul di atas bukit Adam di Sri Lanka. Maha Besar Allah SWT menjadikan Nabi Adam sehinggakan tapak kaki Nabi Adam sahaja berukuran 3 meter panjangnya.

Sambil itu, aku juga berasa risau kerana hanya 2 minggu sahaja lagi PMR akan bermula. Selama sebulan guru-guru di sekolahku telah menyediakan latihan intensif kepada rakan-rakan tingkatan 3 supaya bersedia menghadapi PMR.

“Bang Faiz, bang faiz, ada orang nak jumpa abang di kantin” beritahu seorang budak tingkatan satu kepadaku.

“Ok, ok, terima kasih”

Aku tidak menyangka ada orang yang akan melawatku pada waktu petang ini kerana ibu bapaku jarang melawatku kerana runahku terletak jauh dari sekolah Tambahan pula, hari ini hari Ahad. Namun begitu, aku terus menunju ke kantin.

Kantin sekolah

“Faiz” ada seorang pak cik yang berumur lingkungan 40 tahun menyapaku.

“Ya saya”

“Ni, pak cik Rahim kawan ayah Faiz”

“Oh, pak cik. Ada apa pakcik datang petang-petang ni nak jumpa saya”

“Macam ni, pak cik terima berita yang nenek Faiz terlibat dengan kemalangan dan nenek Faiz sekarang ni di hospital keadaannya kritikal. Jadi ayah Faiz minta pak cik hantar Faiz ke stesen KTM untuk pulang ke rumah. Sekarang ni Faiz pergilah kemas baju untuk balik sampai habis cuti semester minggu depan”

“Maknanya sampai cuti 2 minggu depan?”

“Haah”

“Maknanya saya tak pergi ke sekolah sampai PMR lah?”

“Nampaknya begitulah”

Betulkah apa yang aku dengar ni? Nenekku masuk ke hospital? Aku kena pulang sehingga PMR bermula? Ya Allah bantulah aku ya Allah. Aku segera ke telefon awam dan menelefon ayahku untuk bertanya benarkah kejadian ini berlaku. Ayahku mengeyakan pertanyaanku. Ayahku berkata dia akan menjemputku di stesen KTM di KL Sentral malam ini. Hatiku berdegup kencang. Apakah nasib nenekku. Waktu itu aku tidak memikirkan lagi tentang PMR.

Aku bergegas ke dormku dan segera mengemas barang-barangku untuk cuti sehingga 2 minggu berikutnya. Nampaknya tidak dapatlah aku belajar bersama rakan-rakanku di sekolah ini sebelum peperiksaan bermula kerana apabila sekolah dibuka selepas cuti minggu depan PMR bermula. Bismillahitawakkaltu alallah.

Pak cik Rahim menghantarku ke stesen KTM dengan keretanya. Aku tidak banyak bercakap semasa dalam perjalanan tersebut. Aku berbuka puasa di dalam gerbak kereta api tersebut dengan beberapa teguk air yang aku beli sebelum menaiki tren. Sesampainya di stesen KTM KL Sentral, aku segera ke surau untuk menunaikan solat maghrib. Tidak lama kemudian, aku melihat ayahku menunggu di hadapan stesen tersebut lalu aku menaiki kereta dan terus menuju ke HKL iaitu tempat nenekku dirawat.

9:05 malam, Hospital Kuala Lumpur.

Ayahku menjelaskan keadaan nenekku agak kritikal dan harus dimasukkan ke dalam wad ICU. Kepalanya terhentak di atas jalanraya ketika kemalangan tersebut berlaku semalam dan mengalami pendarahan dalaman pada kawasan otaknya. Aku dan ayah duduk di samping katil nenekku dan membacakan Surah Yaasin kepada nenekku dan memohon agar kesihatannya beransur pulih.

Jumaat, 26 September 2008 M / 27 Ramadhan 1429 H

9:15 malam, Wad neurologi, HKL

Malam itu aku berasa begitu tenang dan nyaman sekali, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Dikatakan ramai ulama’ berpendapat malam ini merupakan malam lailatulqadar iaitu disebut dai dalam Al-Quran malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam itu aku tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat tarawikh yang alhamdulillah setiap malam dalam bulan Ramadhan dapatku tunaikan. Tambahan pula malam ini malam 27 Ramadhan. Keadaan nenekku sudah semakin stabil, wajahnya yang asalnya pucat selepas kemalangan sudah beransur pulih. Aku menunaikan solat sunat tarawikh di ruangan solat di dalam wad tersebut sementara ayahku berada di samping nenekku membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Malam itu terasa lain sekali padaku. Aku merasakan macam ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi aku cuba mengawal persaan tersebut kerana mungkin itu mainan minda sahaja agaknya. Pak long dan pak langku juga berada di samping nenekku pada malam itu.

Aku pulang ke rumah bersama ayahku pada pukul 11:30 malam pada malam itu kerana pelawat tidak dibenarkan berada terlalu lewat di wad tersebut. Aku dan ayahku terus pulang manakala pak long dan pak langku singgah ke kedai makan berhampiran untuk minum sebentar. Malam itu dirumah aku meneruskan ibadahku yang tertangguh di hospital tadi. Ya Allah selamatkanlah nenekku dari ujian yang berat ini ya Allah.

Sabtu, 27 September 2008 M / 27 Ramadhan 1429 H

12:45 tengahari, ruang tamu rumahku.

Hari ini bermulalah cuti bagi semester kedua bagi sesi persekolahan 2008. Aku mengagak rakan-rakanku di sekolah pasti gembira kerana dapat pulang ke rumah bersama keluarga untuk menyambut Aildilfitri yang bakal disambut 3 hari lagi. Aku juga teringat bahawa hanya tinggal seminggu sahaja lagi PMR akan bermula.

Hari ini juga genaplah seminggu nenekku berada di wad neurologi di HKL dan sepanjang minggu itulah saudara-mara terdekat mengunjungi nenekku yang masih terlantar di hospital. Aku mendapat maklumat semalam bahawa keadaan nenekku semakin stabil dan aku berharap nenek dapat sembuh secepat mungkin.

Kringgg….

Kedengaran telefon berdering dari sudut rumahku. Ayahku menjawab panggilan tersebut. Aku hanya menonton TV di ruang tamu. Mungkin itu hanya panggilan biasa sahaja.

“Faiz, siap cepat kita pergi rumah nenek!”

“Kenapa abah?”

“Nenek sudah tiada……….”

Kata-kata ayahku berakhir di situ. Aku tersentak. Apakah benar kata-kata yang ku dengar ini. Aku segera bersiap dan mengemas barang-barangku untuk balik ke kampong di Kepong.

1:15 tengahari, rumah nenekku

Sesampainya aku ke kampung, orang ramai berkumpul di rumah tersebut. Aku masih termenung. Aku tidak tahu apa yang bolehku lakukan. Jiran rumah sebelah mengajakku membacakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk nenekku. Aku menurut sahaja.

Namun hanya satu juzuk sahaja yang dapat aku bacakan pada hari tersebut. Jiwaku berasa begitu kosong. Hanya perkataan sedih sahaja yang dapat aku gambarkan pada hari itu. Jiwaku masih belum dapat menerima kenyataan ini. Hanya Allah yang tahu perasaanku pada waktu itu.

Aku menunaikan Solat Zuhur sementara menunggu jenazah dibawa pulang dari hospital. Jenazah sedang diteliti oleh polis jika terdapat unsure-unsur jenayah ketika kemalangan tersebut berlaku. Jenazah tiba di rumah kampungku pada pukul 3:15 petang dan diletakkan di ruang tamu. Jenazah dibuka untuk saudara-mara melihat buat kali yang terakhir. Aku sempat menatap wajah nenek yang pucat lesi dan terbujur kaku itu.

Petang itu, jenazah di kuburkan di tanah perkuburan Taman Ehsan. Tidakku sangka kerana baru sahaja semalam aku menerima berita bahawa nenek semakin sembuh dan baru sahaja semalamku melihat nenek di hospital sedang bernafas namun ajal dan maut hanya di tangan Allah. Nenek meninggalkan kami pada pukul 12:15 tengahari bapa 27 Ramadhan 1429 hijriyyah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun……..

Ingatlah saudara-saudaraku sekalian, hidup ini hanya sementara. Tuhan boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja. Aku berazam meneruskan perjuanganku dalam PMR dengan bersungguh-sungguh. Aku akan cuba merealisasi kan impian nenekku supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah : 126

Wassallam….

Kategori:Uncategorized
  1. 15 Disember 2008 at 10:14 am

    sedih rasenye kan bile ade berite kematian mase exam dah nk dkt…
    hope faiz dapat result pmr yg gemilang
    insyaallah….

  2. 16 Disember 2008 at 4:18 am

    salam..
    nice piece of writing..
    congrates..
    btw, nie faiz yang mane ek?

  3. 18 Disember 2008 at 12:59 am

    erm..x kenal abng ke?
    okaylah..
    i give u clues..
    ex-ku 2006..
    dorm 1 2006..
    =)
    ha kenal x?
    aish..
    kalau x kenal x tau r nak cakap ape..
    =(

  4. 11 Januari 2009 at 10:41 am

    saya ahmad

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: