Utama > Uncategorized > 002#: Ayah & Ibu

002#: Ayah & Ibu

“Faiz, dah kemas bilik ke belum!”

“Dah mak.”

“Janganlah asyik main computer je”

“OK mak”

Begitulah perkataan yang sering bergeliga di rumahku ketika ku pulang ke rumah. Ibuku sentiasa mengingatkanku untuk membersihkan bilikku yang kadang-kala bersepah.

Ayahku pula sering bangun pada awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja manakala ibu pula sibuk menyiapkan makanan di dapur untuk sarapan kami sekeluarga. Pada cuti hujung minggu pula ayah ku akan melakukan kerja-kerja sampingan di rumah.

Begitulah nikmat adanya ibubapa yang dikurniakan Allah kepada setiap manusia di dunia ini. Namun begitu, tidak semua orang bernasib baik. Tidak semua yang dapat merasakan nikmat ibu dan bapa sepanjang hidup mereka. Ada sebahagian dari kita yang kehilangan salah seorang daripada ibu bapa tidak kurang juga yang tidak sempat merasakan kasih dan sayang kedua-duanya sekali  semasa umur belum cukup setahun jagung lagi.

Begitulah lumrah kehidupan manusia. Ibu bapa merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah buat sementara waktu. Walaupun begitu, Masih ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Tidak ramai yang bersyukur dengan pinjaman yang diberikan oleh Allah SWT ini. Tidak ramai yang menyedari tanpa mereka siapalah kita.

Renungkanlah kembali firman Allah SWT ini:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan pada kedua-duanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak meraka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua mendidikku pada waktu kecil”

Surah Al-Israk : 23

Berdasarkan ayat ini Allah SWT telah mensyariatkan kita supaya mentaati dan menjaga ibubapa kita sebaik-baiknya. Ingatlah saudara-saudara sekalian, ganjaran berbakti kepada ibubapa itu lebih besar dan banyak daripda berjihad fi sabilillah. Ibnu Mas’ud berkata:

“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah SWT ?” beliau menjawab “Mendirikan solat pada waktunya” aku bertanya kembali “Kemudian apa ?” jawab beliau “Berbakti kepada orang tua” aku bertanya lagi “Kemudian ?” beliau menjawab “Jihad fi sabilillah”.

(Hadith Riwayat Al-bhukari)

Renung-renunglah kembali wahai saudara-saudaraku sekalian. Minta ampunlah kepada mereka jika kita pernah melakukan dosa kepada mereka kerana derhaka kepada Allah itu merupakan salah satu syirik kepada Allah SWT. Syirik itu merupakan dosa yang amat berat. Beringat-ingatlah sebelum kena.

“Mahukah kalian aku beritahukan dosa yang paling besar?” para sahabat menjawab “Tentu”. Nabi bersabda, “(iaitu) orang yang berbuat syirik, (dengan) derhaka kepada kedua-dua orang tua.”

(Hadith Riwayat Al-bhukari)


Wassallam….

Kategori:Uncategorized
  1. senikehidupan
    13 Disember 2008 at 2:31 pm

    Alhamdulillah.. bangga abang.. ikut cakap mak ya🙂
    selamat datang ke komuniti penulis

  2. 13 Disember 2008 at 3:35 pm

    salam…
    its good to know u appreciate ur parent ma bro…
    anyway
    teruskan blog k
    i will always support u
    salam…

  3. lyn...
    14 Disember 2008 at 2:42 pm

    bagos..
    truskan usaha

  4. pqa kama.....
    17 Disember 2008 at 3:24 pm

    btul 2…
    ko kne dgr ckp mk ko even x ske….
    truskan la tlis ni….
    ak ske bce cmni…
    cme x tw la nk wt s’dri cne….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: