Utama > Uncategorized > 001#: Pertemuan dan perpisahan

001#: Pertemuan dan perpisahan

Assalamualaikum,

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah : 126

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Pertemuan kita dengan seseorang muslim telah menandakan bermulanya tali persahabatan kita sesama muslim yang lain.

Pertemuan seseorang Muslim biasanya dimulakan dengan Assalamualaikum dan akan dibalas oleh penerimanya yang kedua-duanya bermaksud salam sejahtera. Begitulah Islam agama yang indah. Setiap kali pertemuan akan terjalinlah satu ikatan yang dipanggil ukhuwah. Disini terdapat sebuah kekuatan yang tidak dapat ditandingi oleh orang kafir untuk menghancurkan islam.

Namun begitu, setiap perkara di diunia ini mempunyai pasangannya yang tertentu. Setiap pertemuan pastinya diakhiri dengan perpisahan. Perpisahan merupakan  sesuatu perkara yang hampir setiap orang pernah merasakannya.

Apabila berlakunya perpisahan, biasanya manusia akan berasa sedih terutamanya kita berpisah dengan seseorang yang kita betul-betul sayang. Begitulah fitrah Allah menjadikan manusia di dunia in penuh dengan ujian. Ujian yang dicipta oleh Allah ini mempunyai pelbagai hikmah.

Oleh itu, bagi sesiapa yang pernah melalui kedua-dua perkara ini bersabarlah kerana hidup kita di dunia ini merupakan pinjaman daripada Allah SWT. Daripada-Nya kita hadir maka kepada-Nyalah kita kembali.

Ingatlah, tiada yang kekal di dunia ini. Yang ada cumalah pinjaman dari Allah. Beringatlah saudara-saudaraku sekalian kita tidak lama di dunia ini. Apabila sampai masanya, tibalah gilriran kita untuk bertemu dengan Sang Pencipta.

Wassallam….

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen