Arkib

Archive for Disember 2008

007#: PMR ku………

30 Disember 2008 13 comments

“Faiz, bagun siap cepat hari ini ambil result

“Ok”

Ku melihat jam menunjukkan pukul 6:05 pagi. Ayah membangunkanku untuk bersiap dan menghantarku ke perhertian bas Terminal 1, Seremban. Untuk itu saya harus bersiap awal memandangkan rumahku terletak 90 KM dari sekolah dan ayah mesti masuk pejabatnya yang terletak di TTJ pada pukul 8:15 pagi.

Ayah menghantar kesitu kerana saya sudah berjanji dengan rakan-rakan yang lain untuk bertemu di situ. Saya sampai di Terminal 1 pada pukul 8:00 pagi. Pagi itu tidak ramai orang yang berada di situ. Walaupun agak awal sampai di situ namun aku tetap menunggu mereka sambil membaca surat akhbar The Sun. Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized

Pengumuman Keputusan PMR 2008

25 Disember 2008 2 comments

PUTRAJAYA 24 Dis. – Seramai 472,060 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di 3,458 buah pusat peperiksaan seluruh negara akan mengetahui keputusan masing-masing pada 30 Disember ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan itu akan diumumkan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, di sini. Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized

006#: Antara teori Darwin dan pandangan Islam

23 Disember 2008 13 comments

Teori yang paling popular diperkatakan asal-usul kejadian manusia ialah Teori Evolusi Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin. Beliau menegaskan dalam teori beliau segala benda yang hidup termasuk manusia dan haiwan lain berasal dari keturunan yang sama. Beliau berpendapat keturunan yang awal ini kemudiannya berubah dari satu tahap kepada satu tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang sering berubah.

Hasil dari perubahan-perubahan yang mengambil masa bertahun-tahun begitu berlaku maka lahirlah makhluk yang digelar manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya dalam buku hasil karyanya yang betajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859. Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized

005#: Balaslah dengan doa

21 Disember 2008 Tinggalkan komen

Pada suatu hari Ali sedang berjalan-jalan beseorangan di taman. Tiba-tiba Ali  tidak perasan dan tersadung akar pokok yang berada di bawah lalu jatuh. Ali cuba menggerakkan kakinya namun tidak dapat. Rupa-rupanya barulah dia sedar bahawa kakinya patah.

Ali meminta tolong daripada orang yang lalu-lalang di taman tersebut. Datanglah seorang pemuda yang baik hati dan menawarkan diri untuk menolong. Pemuda tersebut bertanyakan situasi yang sedang Ali hadapi. Setelah mengetahui keadaan sebenar, pemuda tersebut mengangkat Ali dengan bantuan beberapa orang lain dan membawa Ali ke hospital berdekatan. Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized

004#: Pemimpin, oh pemimpin…..

19 Disember 2008 Tinggalkan komen

Bismillahirrahmanirrahim…..


“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) sebagai pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesunguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

Surah Al-Maidah : 51

Pemimpin oh, pemimpin. Tanggungjawabnya begitu besar sehinggakan apabila amanah diterima sebelah kakinya berada di syurga manakala sebelahnya lagi berada di neraka. Begitulah hakikat menjadi pemimpin.

Namun begitu, pada masakini tidak ramai pemimpin yang mempunyai sifat kepemimpinan yang boleh dibanggakan. Kebanyakan pemimpin masakini mempunyai rancangan yang tersembunyi ibarat ada udang disebalik batu semasa menjadi pemimpin dan tidak ramai mempunyai ketulusan dalam menerima tanggungjawab. Itulah hakikatnya hari ini. Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized

003#: Berakhirnya tempoh Ibadah……

15 Disember 2008 4 comments

Ahad, 21 September 2008 M / 21 Ramadhan 1429 H

5:45 petang, Dewan makan SMKAP.

“Weih, Faiz nak duduk kat mane nih”

“Hujung sanalah”

Aku dan Aizat meletakkan tray yang berisi makanan untuk berbuka puasa di atas meja dan menutupnya dengan surat khabar.

“Jom pergi bilik TV, hari ni aku dengar Jejak Rasul ade segmen yang menariklah”

“Kau pergilah dulu, nanti aku datang” Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized

002#: Ayah & Ibu

13 Disember 2008 4 comments

“Faiz, dah kemas bilik ke belum!”

“Dah mak.”

“Janganlah asyik main computer je”

“OK mak”

Begitulah perkataan yang sering bergeliga di rumahku ketika ku pulang ke rumah. Ibuku sentiasa mengingatkanku untuk membersihkan bilikku yang kadang-kala bersepah.

Ayahku pula sering bangun pada awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja manakala ibu pula sibuk menyiapkan makanan di dapur untuk sarapan kami sekeluarga. Pada cuti hujung minggu pula ayah ku akan melakukan kerja-kerja sampingan di rumah.

Begitulah nikmat adanya ibubapa yang dikurniakan Allah kepada setiap manusia di dunia ini. Namun begitu, tidak semua orang bernasib baik. Tidak semua yang dapat merasakan nikmat ibu dan bapa sepanjang hidup mereka. Ada sebahagian dari kita yang kehilangan salah seorang daripada ibu bapa tidak kurang juga yang tidak sempat merasakan kasih dan sayang kedua-duanya sekali  semasa umur belum cukup setahun jagung lagi.

Baca selanjutnya…

Kategori:Uncategorized