Doa Wudhuk

whuduk1

Wudhuk merupakan salah satu amalan penting dalam Islam kerana syarat sah sebelum solat ialah wudhuk. Wudhuk yang sempurna insyaallah akan memberikan kekhusyukan dalam solat. Namun tahukah saudara cara mengambil wudhuk dengan sempurna? Berikut saya senaraikan doa-doa keika berwudhuk:

  1. Ketika berkumur-kumur, berniatlah: “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah: “Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan mukaku ini”.
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah: “Ya Allah, berikanlahhisab-hisabku di tangan kananku ini”.
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah: “Ya Allah, janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini”.
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah: “Ya Allah, lindungilah daku daripada terik matahari di padang mahsyar dengan Arasy-Mu”.
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah: “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini”.
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah: “Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah: “Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid dan bukannya tempat-tempat maksiat”.

Hikmahnya:

  1. Kita ssentiasa bercakap benda-benda yang tidak berfaedah setiap hari.
  2. Ahli syurga mempunyai muka yang putih berseri-seri.
  3. Ahli syurga menerima amalannya di tangan kanan.
  4. Ahli neraka menerima amalannya di tangan kiri.
  5. Panas di padang mahsyar ibarat matahari sejengkal dari atas kepala.
  6. Kita kadang-kala terdengar ucapan yang mengumpat dan menfitnah serta benda-benda yang tidak sepatutnya didengari.
  7. Ahli syurga melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas.
  8. Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
  1. محمّد عبد الله عزمي
    Disember 22, 2009 at 6:57 pm | #1

    اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريكله
    واشهد انّ محمّدا عبده ورسوله
    اللهمّ اجعلنا من التوّابين
    واجعلنا من المتطهّرين
    واجعلنا من عبادك الصالحين

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.