Rumah > Uncategorized > 006#: Antara teori Darwin dan pandangan Islam

006#: Antara teori Darwin dan pandangan Islam

Teori yang paling popular diperkatakan asal-usul kejadian manusia ialah Teori Evolusi Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin. Beliau menegaskan dalam teori beliau segala benda yang hidup termasuk manusia dan haiwan lain berasal dari keturunan yang sama. Beliau berpendapat keturunan yang awal ini kemudiannya berubah dari satu tahap kepada satu tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang sering berubah.

Hasil dari perubahan-perubahan yang mengambil masa bertahun-tahun begitu berlaku maka lahirlah makhluk yang digelar manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya dalam buku hasil karyanya yang betajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.

Begitulah pandangan beliau.

Pada pendapat saya jika hal yang demikian benar-benar berlaku, maka kita pasti akan bertemu dengan makhluk-makhluk pertengahan yang mempunyai sebahagian daripada badannya berupa haiwan dan sebahagian lagi berupa manusia, separuh binatang laut, separuh burung, atau separuh haiwan darat biasa kerana teori evolusi beliau menerangkan bahawa haiwan-haiwan begini wujud.

Namun hingga ke hari ini makhluk seumpama begitu masih tidak dijumpai sehinggakan pengasas teori ini (Darwin) ragu-ragu dengan teori rekaannya. Untuk membuktikan wujudnya haiwan-haiwan pertengahan seperti ini, maka wujudlah penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh ahli-ahli sains tertentu untuk menyokong teori ini.

Contohnya pada tahun 1912 diisytiharkan penemuan tulang rahang dan tempurung otak makhluk yang digelar Piltdown Man. Tulang-tulang ini ditemui di Piltdown, England oleh seorang ahli sains yang bernama Charles Dawson. Ia dikatakan makhluk dari spesis pertengahan antara binatang dan manusia.

Selepas beberapa ujian yang dilakukan terhadap penemuan makhluk tersebut, akhirnya pada tahun 1953 didedahkan bahawa tulang rahang itu sebenarnya diambil dari seekor orang hutan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya ialah tempurung otak manusia yang sebenar. Hal ini telah dilaporkan dalam artikel yang bertajuk Smith Woodward’s Folly oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist, 5 April 1979.

Begitulah kejadian yang berlaku antara tahun 1859 hingga tahun 1979. Teori Darwin masih diragui kebenarannya.

Secara dasarnya teori ini menafikan kewujudan tuhan. Pada hari ini para saintis mula mempertikaikan pandangan ini. Seorang pakar sains yang bernama Dr. Lee Spetner telah mengkaji proses mutasi di peringkat molekul selama bertahun-tahun lamanya. Beliau menegaskan proses mutasi mengurangkan dan bukan meningkatkan maklumat genetik. Dalam bahasa yang mudah ia bermaksud mutasi menyebabkan kecacatan dan bukannya kemantapan.

Justeru, Teori evolusi ini merupakan teori yang dangkal dan tidak dapat diterima oleh sains. Dari sudut pandangan agama pula, teori ini membuang kuasa tuhan dan menggantikannya dengan Kuasa Kebetulan atau Kuasa Semula Jadi. Jika kita berpandukan teori ini, akan timbul pelbagai persoalan. Sebagai contoh, bagaimana sel pertama wujud? Bagaimana sel ini mampu berkembang dengan sendiri untuk menjadi makhluk yang pertama? Bagaimana ia menyusun protein-protein dengan teratur sehingga mampu melahirkan makhluk yang kompleks?

Pada hari ini, semakin ramai para saintis yang mempertikaikan teori evolusi Darwin. Islam menentang teori Darwin sebagaimana Islam menentang kesemua teori yang tidak saintifik apatah lagi yang jelas mengingkari kewujudan kuasa tuhan. Umat Islam tidak sepatutnya melupakan sabda Nabi Muhammad S.A.W. dan firman Allah:

“Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah”

Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud.

Dalam ayat Al-Quran pula:

Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat yang kering (yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (cipptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Maka bersujudlah para malaikat itu kesemuanya bersama-sama. Kecuali Iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?”. Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah ciptakan dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”.

Surah Al-Hijr : 28-33

Dalam Surah Al-Hijr ayat 28 hingga ayat 33, telah diterangkan sebanyak dua kali kejadian asal manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S. Maka fikir-fikirkanlah kembali kejadian asal-usul kita yakni manusia dan ingatlah Al-Quran merupakan sumber rujukan yang tidak diragui kebenarannya.

Wassallam…..

Categories: Uncategorized
  1. myheart
    2 Januari 2009 at 8:52 am

    x pecaya la

  2. realitihidupku
    2 Januari 2009 at 8:57 am

    Kepada MYHEART:

    Apa yang tidak dipercayainya?
    Cube terangkan sikit………..

  3. myheart
    4 Januari 2009 at 6:49 pm

    hurm…pecaye x…sebelum nabi Adam diciptakan.. ada makhluk seakan-akan manusia telah tercipta sebelum penciptaan nabi Adam a.s..?

  4. realitihidupku
    17 Januari 2009 at 6:48 am

    memanglah ada tetapi ia tetap bukan manusia walaupun ia seakan-akan manusia. jikalau betullah haiwan tersebut berevolusi menjadi manusia, kenapa kita tak pernah tengok haiwan itu berevolusi pada masa kini. sedangkan pada masa dahulu boleh berevolusi, kenapa sekarang tidak boleh??? oklah kalau awak orang islam, beri bukti berdasarkan al-Quran atau hadis yang menyatakan sebabnya. sertakan hadis itu diriwayatkan oleh siapa dan jika ayat quran, surah yang mana.

  5. milyakhul safri
    7 November 2009 at 2:25 am

    bagus lalu slain surat quran al hijr bukti-bukti selain terjemahan al hijr

  6. nik
    23 Julai 2011 at 10:35 am

    mmh…mungkin bukan beruk yang evolusi jadi manusia…tapi manusia yang berubah menjadi beruk… :) Surah Al-Baqarah ayat 5. Wallahu a’lam.

  7. adam
    24 Mac 2012 at 1:40 pm

    dalam surah albaqarah tu hnya utk org trtentu.ulamak pn mentafsir bahawa yang berubah jadi beruk tu 2pun bknnya jasad tapi hanya sikap org tu..n itu adalah laknat Allah akibat orang tersebut mancari2 alasan supaya dapat mengingkari larangan Allah dan alasan tersebut dianggap mempermainkan hukum2 Allah…apa pun kita jadikanlah iktibar,terutamanya saya yang terlalu lemah dalam bab agama ni…..(USTAZ ROCK INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM)

  8. adminka
    15 April 2013 at 8:43 pm

    bukan gitu..
    jadi gini, memang semua agama samawi (yahudi,kristen,islam) percaya bahwa manusia pertama adalah Adam dan Hawa..nah, evolusi merupakan suatu perubahan bentuk spesies yang bisa trjadi dlam wktu lama(antara puluhan tahun smpai jutaan tahun) ssuai prkembangan lngkungan dll..prnah trdapat suatu pnelitian di kepulauan pasifik yg terisolasi dari dunia luar, trdpat jenis burung nuri pemakan buah dalam kurun waktu 50 tahun yg lalu, stelah pneliti datang di abad ini, paruh burung pemakan buah trsebut agak bengkok dan lebih kecil, yg trnyta fungsinya adalah untuk memakan biji2an, dikarenakan trdapat kelangkaan tanaman pokok yg mnghasilkan buah2an sbagai makanan utama burung nuri trsebut shingga scara brtahap paruh burung nuri tersebut mengalami pengecilan..dan merupakan suatu spesies baru utk burung nuri tersebut..
    Sedangkan dalam Taurat, Quran dan Injil juga disebutkan bahwa manusia merupakan ciptaan Allah yg terakhir sblum dciptakannya matahari-bintang2,bumi dan tumbuhan-hewan..
    Ini menjelaskan bahwa ketiga agama samawi tidak bertentangan dengan evolusi, dengan diambil kesimpulan bahwa manusia merupakan spesies tersendiri yang telah berevolusi dari makhluk seperti sejenis kera yg ciri2nya mndekati spesies manusia..dikarenakan dalam ayat kitab suci dijelaskan bahwa Allah bisa membinasakan umat manusia dan menggantikannya dengan suatu kaum yang lain jika Dia berkenan, itu tandanya bahwa kaum yg lain bukan merupakan spesies manusia melainkan jenis spesies yg berbeda dari manusia..hal ini sesuai dngan urutan pnciptaan bahwa binatang dciptakan trlebih dahulu sblum Adam dan Hawa dciptakan..
    sedangkan msalah pokok bahwa manusia dciptakan dari tanah mmang bnar adanya, dikarenakan binatang dan tumbuhan (segala makhluk hidup) di bumi diciptakan berasal dari zat2 partikel dalam tanah di bumi ini berupa mineral dan ion2, sama sperti pnciptaan proses pembuahan sel sperma dan ovum yg akan mnjadi suatu sel yg bnyak dan mnjadi suatu organisme..dmana manusia dulunya jg merupakan suatu evolusi dari binatang yang sama2 diciptakan dari tanah, namun pada saat penciptaan manusia, Allah memakai kuasaNya dengan cara evolusi sehingga mnghasilkan suatu spesies yg sempurna dan diberinya suatu akal pikiran agar membedakannya dari binatang, dimana spesies baru itu adalah manusia yg mmng dari asal muasal pmbntukannya berasal dari tanah(zat2 ion2 bumi) melalui proses evolusi dari binatang..dimana spesies baru yg dinamakan manusia ini diberi nama Adam dan Hawa serta menjadi makhluk yang paling tinggi derajadnya diatas smua makhluk hidup di bumi ini..
    demikian penjelasannya, semoga anda paham..

  9. 3 Mei 2013 at 2:58 am

    Hello! I just wanted to ask if you ever have any trouble with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended
    up losing several weeks of hard work due to no backup.
    Do you have any methods to protect against hackers?

  10. 16 Jun 2013 at 1:01 pm

    assalamualaikum..kau ckp dgn darwin ni..mcm mne pulak beruk hutan tu boleh lahir kn kite..beruk tu lahirkn kite..kn beruk tu bunting..mnusia hamil..mc mne pulaK BERUK y xde akal ni..y x pkai bju ni..boleh lahirkn mnusia y ade akal n y memakai bju wlaupun cawat(org dulu2)..darwin ni bodoh sena nyer..bazir je belajar sejarah mse sekolah menengah..psl negara boleh la trime..tp psl prasejarah ni..hmpeh nk prcye..sbnr nyer..y BERUK tu adalah darwin..salam…semoga anda semua dapat bfikir dengan lebih profesional :)

  11. The Chess Zone Coupon Code
    6 Julai 2013 at 12:12 am

    This is the perfect site for anybody who
    would like to find out about this topic. You understand
    a whole lot its almost tough to argue with you (not that I really
    would want to…HaHa). You definitely put a new spin on a
    subject that has been written about for ages. Excellent
    stuff, just wonderful!

  12. 22 Julai 2013 at 10:19 am

    One of the best methods to perform couponing efficiently would be to follow the recommendations of different buyers.
    It can be your friend, family, as well as the web opinions.
    Carrying out a trend, where the people are being benefited is
    obviously reliable. As you can very quickly get data for employing a discount with sears coupon rule, it saves
    your time too. This can also work vice-versa, where you can assist
    others while sharing your knowledge online or during socialization.

    Richard Sears was a great deal in song for the progressions in his land and exploited them together with his new organization, because
    it happened. Mail demand shopping converted into still another routine, as individuals we’re beginning to move west and more railroads were being made. Customers from on the place were extremely empowered to truly have the capacity to ask such excellent things while never the need to leave their homes.
    At sears coupon could be used on loads more, apparels, jewelries, and automotive services and products. You can get a voucher which can be employed on any particular company or product group. You’ll find
    deals which is often used in a particular quantity
    of purchase. In this case, there might not be any limitation for choosing these products.
    For that reason, it can be easily comprehended that how beneficial the deals can be in terms of your purchase from Sears
    is concerned. Starting from the ladies sandals to the fitness machines and even the mattresses, the said coupons could be
    utilized in a variety of items, as mentioned earlier.

  13. 29 Julai 2013 at 7:30 pm

    The set comes with an apron, 13″ oven mit, and an 8″ x 8″ pot holder. She became a four-time all-around United States National Champion, as she won two times as a junior and two more times as a senior. Once you have found the items you are interested in (make sure you calculate in shipping costs.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: